Thursday 20 September 2012

PENGENALAN WINDOW UNIT

PENERANGAN:

Penyaman udara adalah merujuk kepada peralatan, system dan mekanisma yang direkabentuk untuk menstabilkan suhu udara (air temperature) dan persekitaran (humidity) sesuatu kawasan. Ia biasanya menggunakan prinsip kitaran penyejukan (refrigerant cycle). Sistem penyamanan udara terbahagi kepada dua bahagian:
i. Bahagian bertekanan tinggi (kawasan 1)
ii. Bahagian bertekanan rendah (kawasan 2)

Pemampat (Compressor) mengepam gas refrigerant dari kawasan bertekanan rendah ke kawasan bertekanan tinggi. Dalam proses ini gas refrigerant akan menyerap haba. Gas refrigerant dipam ke pemeluwap (Condenser) yang mengandungi paip yang dikelilingi “cooling core”.
Gas refrigerant disejukkan oleh aliran udara dan kipas pemeluwapan (Condenser fan atau radiator) menyebabkan gas refrigerant menjadi cecair (liquid).
Cecair refrigerant seterusnya melalui “Controlled Restriction”. Semasa melalui Controlled Restriction, tekanan gas refrigerant akan menurun secara mendadak dan menyebabkan cecair refrigerant memeluwap. Semasa proses pemeluwapan, haba diserap dari udara semasa melalui lingkaran penyejatan (Evaporation coil). Udara yang telah disejukkan akan ditiupkan kedalam ruang.

Jenis – jenis sistem penyaman udara
Terdapat berbagai-bagai jenis sistem penyamanan udara yang digunakan di negara kita, sama ada jenis domestik atau komersial . Bab ini diterangkan sistem penyamanan udara komersial dan domestik yang merupakan asas dalam teknologi sistem penyamanan udara. Antaranya ialah seperti gambar rajah dibawah :

Sistem Penyamanan Udara Unit Tingkap

Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk penyamanan udara bagi sesebuah bilik. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada luas bilik. Bilik yang luas memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika dibandingkan dengan bilik yang kecil. Walau bagaimana pun jika sesebuah unit yang berkeupayaan tinggi hendak digunakan lebih daripada sebuah bilik, penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan pengaliran udara yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan untuk memudahkan pengawalan suhu dicadangkan supaya sebuah bilik menggunakan sebuah unit tingkap yang bersesuaian dengan keupayaannya. Unit penyaman udara jenis tingkap diletakkan dalam satu kerangka dan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu unit pemeluwapan dan unit penyejatan. Unit pemeluwapan terletak di luar tingkap atau dinding. Manakala unit penyejatan terletak di dalam ruang atau bilik yang hendak didinginkan.

Kebaikan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i) Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawal suhu secara berasingan.
(ii) Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.
iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak diperlukan.
(iv) Pemasangan adalah mudah tetapi pemasangan ini tidak boleh diubahubah
(kekal).

Keburukan sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i)            Memerlukan ruang tertentu pada sesebuah tingkap.
(ii)           Kuantiti udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.
(iii)          Selalunya unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding terpaksa dipecahkan.

 Bahagian - bahagian dalam window unit



 



Cara window unit berfungsi




Kitaran penyaman udara
Kitar penyamanan udara asas ialah suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana bahan pendingin mengalir ke sistem yang mengandungi empat komponen utama iaitu pemampat,pemeluwap,peranti pemeteran dan penyejat. Pemampat akan menyedut bahan pendingin wap bahan pendingin dari saluran sedutan dan memampatkanya menjadi tekanan tinggi dan suhu tinggi, lalu disingkirkan ke pemeluwap melalui saluran nyahcas.Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang terhasil daripada proses mampatan dan proses sejatan dari penyejat.Semasa haba disingkirkan, proses pemeluwap berlaku iaitu wap bahan pendingin bertukar bentuk menjadi cecair bahan pendingin.Tekanan dan Suhu cecair bahan pendingin masih tinggi dan mengalir ke peranti pemeteran.Peranti permeteran berfungsi untuk merendahkan tekanan dan juga suhu cecair bahaan pendingin ke penyejat.Penyejat berfungsi untuk menyerap haba dari ruang yang didinginkan .Semasa penyerapan haba, berlaku proses sejatan cecair iaitu cecair bahan pendingin bertukar menjadi wap yang bersuhu rendah dan bertekanan rendah.Seterusnya, bahan pendingin mengalir ke pemampat dan kitaran bermula lagi.