Tuesday 17 July 2012

System Pneumatic



Pengenalan
Pneumatik telah lama memainkan peranan penting sebagai pemangkin prestasi teknologi kerjamekanikal. Ia juga digunakan dalam pembangunan teknologi automasi. Kebanyakanpenggunaan udara termampat digunakan untuk fungsi-fungsi seperti berikut: Memastikan status pemproses (sensors) Pemprosesan maklumat (processors) Mengerakkan pengerak. Melakukan kerja.
Perkataan pneumatik berasal daripada gabungan perkataan klasik greek, dimana ia “ pneuma” bermakna angin/udara manakala “matic” bermakna pengerakan.
Gabungan perkataan tersebut memberi maksud kawalan pengerakan oleh udara. Dalam industri, ia merujuk kepada penggunaan udara pemampat untuk memindahkan tenaga dan pengerakan.Pneumatik digunakan untuk melakukan kerja pemesinan dan kerja peroperasian. Contohnya seperti :

·         Menebuk (Drilling)
·         Memutar (Turning)
·         Memotong (Sawing)
·         Mengisar (Milling)
·         Mengemas (Finishing)
·         Membentuk ( Forming)
·         Kawalan Kualiti (Quality Control)

Contoh penggunaannya adalah seperti dalam gambar rajah di bawah:

JIGS & FIXTURE



PRINSIP ASAS REKA BENTUK JIGS & FIXTURE

TERDAPAT BEBERAPA KRITERIA YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN. DI ANTARA KRITERIA TERSEBUT IALAH:

  • Pastikan Jigs & Fixture yang boleh, mudah dikendalikan dan tidak ada pepenjuru tajam yang boleh mencederakan operator.
  • Jigs & Fixture seboleh-bolehnya menggunakan kos yang rendah, oleh itu ciptaan mestilah simple atau mudah.
  • Gunakan standart parts seberapa banyak yang boleh, supaya jika rosak ianya mudah dicari ganti.
  • Pastikan rekaan Jigs & Fixture adalah tidak mengelirukan para operator yang menggunakannya supaya tidak ada kejadian salah letak benda kerja asal dan Sebagainya.(pokayoke)
  • Kedudukan clamping system mestilah dapat menahan terhadap daya potongan semasa operasi memesin.
  • Binaan mestilah Rigid atau teguh supaya tidak ada sebarang gegaran semasa operasi.
  • Hindari pengunaan spanar yang pelbagai saiz.
  • Pastikan coolant tidak terhalang untuk sampai ketempat potongan semasa operasi.
  • Penggunaan eccentric level adalah cara terbaik untuk clamping.
  • Pastikan bendakerja dapat dibuka dan dipasangkan pada Jigs & Fixture dengan cepat. 

CONTOH-CONTOH JIGS & FIXTURE






PEMBUANGAN TATAL (SWARF)

Bila merekabentuk jig, aliran keluar tatal perlulah diambil kira. Ini adalah kerana tatal atau chips ini boleh menyebabkan berlakunya kesilapan atau ketidak tepatan semasa operasi memotong. Sekiranya chips-chips ini tidak dikeluarkan ianya akan menyebabkan komponen-komponen tidak dapat diikat dengan baik. Masa juga akan banyak terbuang jika digunakan untuk membuang chips yang terlekat dicelah-celah jig. Disamping itu pembuangan ships yang terlalu kerap mungkin akan menyebabkan kecederaan kepada operator. Oleh itu rekaan jig hendaklah mengambil kira perkara-perkara berikut supaya chips/tatal keluar dengan mudah.
  • Dengan merekabentuk jig yang membolehkan chips/tatal dapat gugur ke bawah dengan sendirinya
  • Dengan membuat beberapa bahagian jig yang terbuka untuk memudahkan chips Keluar
  • Dengan cara menyerongkan/mencondongkan permukaan jig supaya chips dapat menggelungsur ke bawah dengan mudah.
  • Dengan cara mengelakkan rekaan-rekaan berupa lengkuk-lengkuk yang mana ini boleh memerangkap chips.
  • Elakkan lubang-lubang buta(blind holes)pada jig. Dengan cara membuat “under cut” pada locating pin.