PRINSIP
ASAS REKA BENTUK JIGS & FIXTURE
TERDAPAT BEBERAPA KRITERIA YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN. DI ANTARA KRITERIA TERSEBUT IALAH:
- Pastikan Jigs & Fixture yang
boleh, mudah dikendalikan dan tidak ada pepenjuru tajam yang boleh mencederakan
operator.
- Jigs & Fixture seboleh-bolehnya
menggunakan kos yang rendah, oleh itu ciptaan mestilah simple atau mudah.
- Gunakan standart parts seberapa
banyak yang boleh, supaya jika rosak ianya mudah dicari ganti.
- Pastikan rekaan Jigs & Fixture
adalah tidak mengelirukan para operator yang menggunakannya supaya tidak ada
kejadian salah letak benda kerja asal dan Sebagainya.(pokayoke)
- Kedudukan clamping system mestilah
dapat menahan terhadap daya potongan semasa operasi memesin.
- Binaan mestilah Rigid atau teguh
supaya tidak ada sebarang gegaran semasa operasi.
- Hindari pengunaan spanar yang
pelbagai saiz.
-
Pastikan coolant tidak terhalang
untuk sampai ketempat potongan semasa operasi.
-
Penggunaan eccentric level adalah cara
terbaik untuk clamping.
- Pastikan bendakerja dapat dibuka dan dipasangkan pada Jigs & Fixture dengan cepat.
CONTOH-CONTOH JIGS & FIXTURE
PEMBUANGAN TATAL (SWARF)
Bila merekabentuk jig, aliran keluar
tatal perlulah diambil kira. Ini adalah kerana tatal atau chips ini boleh
menyebabkan berlakunya kesilapan atau ketidak tepatan semasa operasi memotong.
Sekiranya chips-chips ini tidak dikeluarkan ianya akan menyebabkan
komponen-komponen tidak dapat diikat dengan baik. Masa juga akan banyak
terbuang jika digunakan untuk membuang chips yang terlekat dicelah-celah jig.
Disamping itu pembuangan ships yang terlalu kerap mungkin akan menyebabkan
kecederaan kepada operator. Oleh itu rekaan jig hendaklah mengambil kira
perkara-perkara berikut supaya chips/tatal keluar dengan mudah.
- Dengan
merekabentuk jig yang membolehkan chips/tatal dapat gugur ke bawah dengan
sendirinya
- Dengan
membuat beberapa bahagian jig yang terbuka untuk memudahkan chips Keluar
- Dengan
cara menyerongkan/mencondongkan permukaan jig supaya chips dapat menggelungsur
ke bawah dengan mudah.
- Dengan
cara mengelakkan rekaan-rekaan berupa lengkuk-lengkuk yang mana ini boleh
memerangkap chips.
- Elakkan
lubang-lubang buta(blind holes)pada jig. Dengan cara membuat “under cut” pada
locating pin.
gak membantu tod
ReplyDelete