PENERANGAN:
Penyaman
udara adalah merujuk kepada peralatan, system dan mekanisma yang direkabentuk
untuk menstabilkan suhu udara (air temperature) dan persekitaran (humidity)
sesuatu kawasan. Ia biasanya menggunakan
prinsip kitaran penyejukan (refrigerant cycle). Sistem penyamanan
udara terbahagi kepada dua bahagian:
i. Bahagian bertekanan tinggi (kawasan 1)
ii. Bahagian bertekanan rendah (kawasan 2)
Pemampat
(Compressor) mengepam gas refrigerant dari kawasan bertekanan rendah ke kawasan
bertekanan tinggi. Dalam proses ini gas refrigerant akan menyerap haba. Gas refrigerant dipam ke pemeluwap
(Condenser) yang mengandungi paip yang dikelilingi “cooling core”.
Gas refrigerant
disejukkan oleh aliran udara dan kipas pemeluwapan (Condenser fan atau
radiator) menyebabkan gas refrigerant menjadi cecair (liquid).
Cecair refrigerant
seterusnya melalui “Controlled Restriction”. Semasa melalui Controlled
Restriction, tekanan gas refrigerant akan menurun secara mendadak dan
menyebabkan cecair refrigerant memeluwap. Semasa proses pemeluwapan, haba
diserap dari udara semasa melalui lingkaran penyejatan (Evaporation coil).
Udara yang telah disejukkan akan ditiupkan kedalam ruang.
Jenis – jenis sistem
penyaman udara
Terdapat berbagai-bagai jenis sistem
penyamanan udara yang digunakan di negara kita, sama ada jenis domestik atau
komersial . Bab ini diterangkan sistem penyamanan udara komersial dan domestik
yang merupakan asas dalam teknologi sistem penyamanan udara. Antaranya ialah
seperti gambar rajah dibawah :
Sistem
Penyamanan Udara Unit Tingkap
Unit tingkap atau bilik direka bentuk untuk
penyamanan udara bagi sesebuah bilik. Keupayaan sesuatu unit bergantung pada
luas bilik. Bilik yang luas memerlukan unit yang berkeupayaan tinggi jika
dibandingkan dengan bilik yang kecil. Walau bagaimana pun jika sesebuah unit
yang berkeupayaan tinggi hendak digunakan lebih daripada sebuah bilik,
penyusunan bilik hendaklah ditetapkan supaya dapat mewujudkan pengaliran udara
yang baik. Untuk mendapatkan keselesaan dan untuk memudahkan pengawalan suhu
dicadangkan supaya sebuah bilik menggunakan sebuah unit tingkap yang
bersesuaian dengan keupayaannya. Unit penyaman udara jenis tingkap diletakkan
dalam satu kerangka dan terbahagi kepada dua bahagian, iaitu unit pemeluwapan
dan unit penyejatan. Unit pemeluwapan terletak di luar tingkap atau dinding.
Manakala unit penyejatan terletak di dalam ruang atau bilik yang hendak
didinginkan.
Kebaikan sistem penyamanan udara unit
tingkap:
(i)
Sebuah bilik menggunakan sebuah unit penyamanan udara yang mengawal suhu secara
berasingan.
(ii)
Salur udara tidak diperlukan, ini dapat menjimatkan perbelanjaan yang banyak.
iii) Kerja-kerja pemaipan air tidak
diperlukan.
(iv) Pemasangan adalah mudah tetapi
pemasangan ini tidak boleh diubahubah
(kekal).
Keburukan
sistem penyamanan udara unit tingkap:
(i)
Memerlukan
ruang tertentu pada sesebuah tingkap.
(ii)
Kuantiti
udara biasanya ditetapkan oleh pengeluar.
(iii)
Selalunya
unit ini dipasangkan didinding, kadang-kala dinding terpaksa dipecahkan.
Bahagian - bahagian dalam window unit
Cara window unit berfungsi
Kitaran
penyaman udara
Kitar
penyamanan udara asas ialah suatu kitaran yang menunjukkan bagaimana bahan
pendingin mengalir ke sistem yang mengandungi empat komponen utama iaitu
pemampat,pemeluwap,peranti pemeteran dan penyejat. Pemampat akan menyedut bahan
pendingin wap bahan pendingin dari saluran sedutan dan memampatkanya menjadi
tekanan tinggi dan suhu tinggi, lalu disingkirkan ke pemeluwap melalui saluran
nyahcas.Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba yang terhasil daripada
proses mampatan dan proses sejatan dari penyejat.Semasa haba disingkirkan,
proses pemeluwap berlaku iaitu wap bahan pendingin bertukar bentuk menjadi
cecair bahan pendingin.Tekanan dan Suhu cecair bahan pendingin masih tinggi dan
mengalir ke peranti pemeteran.Peranti permeteran berfungsi untuk merendahkan
tekanan dan juga suhu cecair bahaan pendingin ke penyejat.Penyejat berfungsi
untuk menyerap haba dari ruang yang didinginkan .Semasa penyerapan haba,
berlaku proses sejatan cecair iaitu cecair bahan pendingin bertukar menjadi wap
yang bersuhu rendah dan bertekanan rendah.Seterusnya, bahan pendingin mengalir
ke pemampat dan kitaran bermula lagi.
langkah -langkah pemasangan ?
ReplyDeleteoverload pemampat?
ReplyDeleteelektronik board?
ReplyDeleteGas yang sesuai digunakan bagi jenis window unit?
ReplyDeleteR410a yg sesuai sebab dia adalah gas mesra alam
DeleteR410a yg sesuai sebab dia adalah gas mesra alam
DeleteLangkah pemasangan??
ReplyDeleteILMU YANG SANGAT BERGUNA...TERIMA KASIH TUAN..
ReplyDelete